Tentang kita

Redang Lagoon telah beroperasi melebihi 20 tahun dan memberi pengalaman yang berharga kepada tetamu kami dari seluruh pelusuk dunia. Kami dikenali dengan meyediakan penginapan yang selesa, makanan yang lazat dengan harga berpatutan.

Kami dimiliki oleh keluarga dan sudah termasuk generasi kedua! Dengan lebih 60 bilik, dan harga yang berpatutuan, anda boleh membawa seluruh keluarga anda! Untuk booking ramai sila hubungi kami melalui email atau whatsapp.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG REDANG

Pulau Redang adalah pulau tropica yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia terkenal dengan air jernih, pasir putih dan kekayaan ikan dan batu karang.

Kebanyakkan resorts di Pulau Redang berada di Pasir Panjang. Juga terdapat kampung di tengah Pulau Redang. Dahulu ekonomi utama penduduknya adalah hasil laut tetapi sekarang bertukar ke pelancongan.